"Setiap yang bernyawa pasti merasai keperitan mati"

Monday, 6 August 2018

اليقين لا يزول بالشك

KAEDAH AL-YAKIN LA YAZULU BILSYAK

(KEYAKINAN TIDAK AKAN HILANG DENGAN SYAK WASANGKA)



1) TAKRIF:
  • Takrif  اليقين :  pada Bahasa : Pasti dan pada Istilah : Ketenangan hati di atas sesuatu hakikat.
  • Takrif الشك : pada Bahasa : Ragu-ragu dan pada Istilah : Syak antara dua benda yang bertentangan.
  • Takrif Kaedah Ijmaliah: Perkara yang diyakini berlakunya (batal) = tidak terangkat kecuali dengan dalil yang pasti (qath'i) dan ianya tidak dihukumkan dengan hilangnya keyakinan tadi, begitu juga perkara yang diyakini tidak berlaku (tidak disabitkan berlaku) maka tidak dihukumkan ianya sabit berlaku hanya dengan syak wasangka kerana sifat syak wasangka itu lebih lemah daripada keyakinan.


2) DALIL-DALIL:

  • Dalil dari al-Quran

وَمَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ ۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ 
ۖ وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا
(Surah An-Najmu; ayat 28)
Maksudnya: Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan apa yang mereka lakukan.


  • Dalil dari as-sunnah 

عن عباد بن تميم عن عمه أنه شكا الى رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل الذى يخيل اليه أته يجد الشىء فى الصلاة فقال لا 
ينتفل – او لا ينصرف حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا.

(Hadis Riwayat Bukhari Muslim)
Maksudnya :Dari Ubbad ibn Tamim dari bapa saudaranya bahawa beliau telah mengadu kepada Rasulullah seorang laki-laki yang syak bahawa ada sesuatu ketika sembahyang maka jawab Rasulullah jangan beredar sehinggalah ia mendengar bunyi atau tercium baunya.



 3) CONTOH KAEDAH اليقين لا يزول بالشك :
  • CONTOH 1: ORANG YANG BERADA DI DALAM KEADAAN SUCI, KEMUDIAN DIA SYAK DIA BERHADAS. APAKAH HUKUMNYA?
    • PENDAPAT IMAM AHMAD DAN IMAM ABU HANIFAH
      • HUKUMNYA SUCI KERANA DIA YAKIN DIA TIDAK BERHADAS
    • PENDAPAT IMAM MALIK
        • WAJIB KE ATASNYA BERWUDUK KERANA DIKIRA BERHADAS. BERDASARKAN DI DALAM KAEDAH (SYAK DI DALAM SYARAT WUDUK MENJADI PENGHALANG DARIPADA SAHNYA SOLAT), JUSTERU, TAHARAH ADALAH SYARAT SAH SOLAT.
  • CONTOH 2: SEKIRANYA SESEORANG ITU BERHUTANG DENGAN ORANG LAIN KEMUDIAN ORANG YANG BERHUTANG ITU SYAK DAN RAGU-RAGU ADAKAH DIA SUDAH MENJELASKAN HUTANGNYA.
    • HUKUM HUTANG ITU KEKAL KERANA DIA YAKIN YANG DIA BERHUTANG.

4) KAEDAH YANG BERNAUNG DI BAWAH KAEDAH اليقين لا يزول بالشك:

  • الأصل براءة الذمة (KEADAAN SESEORANG ITU SUCI DARI TANGGUNGJAWAB)

  1.  MAKNA   القعدة الثابته :الأصل (KAEDAH   BERTERUSAN) 
  2. MAKNA الذمة : JIWA ATAU ZAT PERJANJIAN
  3.  MAKNA KAEDAH IJMALIAH : KAEDAH YANG BERTERUSAN BAHAWA MANUSIA ITU SUCI DARI TANGGUNGJAWAB DARIPADA SESUATU KEWAJIPAN. (TANGGUNGJAWAB ITU BERLAWANAN DENGAN KAEDAH ASAL)
  4. DALIL : 
البينة على المدعي واليصين على من أنكم 
(BUKTI PERLU DIKEMUKAKAN ORANG YANG MENDAKWA DAN ORANG YANG DITUDUH PERLU BERSUMPAH BAGI MENAFIKAN TUDUHAN TERSEBUT)

                                   5. CONTOH:
ORANG YANG MEMINJAM SESUATU MENDAKWA SUDAH MEMULANGKAN BARANG YANG DIPINJAM, MAKA DAKWAANNYA DITERIMA.

  • الأصل بقاء ما كان على ما كان (Asal Kekal Sesuatu Itu Mengikut Apa Yang Ada Sebelumnya) 


a)  استصحاب (Dari Masalah)

Mengikut hukum yang telah ditetapkan masa lalu sehingga terdapat hukum lain yang mengubahnya. Digunakan ulama usul.

b) استصحاب الأصل

- Hukum yang terkuat itu adalah dikira tetap.
- Kekal sesuatu yang berlaku pada masa lalu mengikut tetap atau sabit pada masa lalu.

CONTOH :

*Munakahat

i.  Seorang suami keluar rumah dan tinggalkan isterinya dalam masa yang lama dan tidak tahu ke mana hilang.

- Hukumnya : Isteri tidak boleh berkahwin kerana suami tidak lafaz cerai
ii.  Seseorang makan tengahari ketika berpuasa serta dia syak sama ada matahari telah terbenam atau belum
- Hukumnya : Batal puasa kerana asalnya belum terbenam
 
  • الأصل العدم (Asal Segala Sesuatu Ialah Tiada) 

(Kaedah ini hampir sama dengan)

  • الأصل في الصفات أو الأمور العارضة العدم (Asal Pada Sifat Atau Perkara Baharu Mendatang Ialah Tiada


MAKNA :
  • Suatu sifat tiada asalnya atau sifat yang datang kemudian tidak dikira jika sudah ada yang lama
  • Kalau yang asal ada, hendaklah ikut pada yang asal



CONTOH :

  • Terdapat selisih faham antara penjual dan pembeli. Satu pihak menyatakan jual beli telah diikat kepada syarat tertentu tetapi satu pihak menafikan.
  • Maka pihak yang menyatakan akad tidak diikat, tidak dikira kerana yang asalnya tiada.
  • Duit pelaburan lembu,
  • Pengusaha menyatakan bahawa tiada modal pada tahun tersebut manakala pemodal menyatakan bahawa keuntungan sepatutnya ada pada tahun itu.
  • Maka,  kita akan ikut hukum asal iaitu tiada modal untuk mengusahakan jual beli tersebut.