"Setiap yang bernyawa pasti merasai keperitan mati"

Monday, 13 August 2018

الأصل براءة الذمة

KAEDAH AL-ASAL BARA'ATUZZIMAH
(ASAL SESEORANG ITU SUCI DARIPADA TANGGUNGJAWAB)


  1. KONSEP : 
- Keadaan asal seseorang itu suci daripada tanggungjawab .

2.   TAKRIF :

  1. معنى  الأصل  : kaedah berterusan ( قاعدة ثابتة )
  2.   معنى الذمة : Tanggungjawab / jiwa atau zat .( النفسي \ ذات )
  3.  معنى القاعدة إجمالية : Kaedah yang berterusan bahawa manusia itu suci الذمة nya ( tiada tanggungjawab ) daripada sesuatu kewajipan , keadaannya yang perlu bertanggungjawab adalah berlawanan dengan kaedah asal .

 "Orang yang mendakwa dengan lawannya perlu bertanggungjawab dari awal berpegang dengan hukum yang berlawanan dengan hukum asal . Manakala , orang yang mendakwa dengan lawannya perlu bertanggungjawab dari awal atau berpegang dengan hukum yang asal ."

3. CONTOH KAEDAH INI:

Orang yang meminjam sesuatu mendakwa sudah memulangkan barang yang dipinjam maka dakwaan diterima kerana الأصل براءة الذمة suci daripada tanggungjawab . 
*Tidak diterima dakwaannya golongan kedua kecuali dengan mendatangkan dua saksi atau bersumpah dan seorang saksi .

4.   DALIL KAEDAH INI: 

 البينة على المدعى واليمين على من أنكر  
[ حديث النبى ]
Maksudnya : Perlu kemukakan bukti oleh mendakwa, dituduh perlu bersumpah tuduhan keatasnya .