"Setiap yang bernyawa pasti merasai keperitan mati"

Monday, 13 August 2018

الأصل براءة الذمة

KAEDAH AL-ASAL BARA'ATUZZIMAH
(ASAL SESEORANG ITU SUCI DARIPADA TANGGUNGJAWAB)


  1. KONSEP : 
- Keadaan asal seseorang itu suci daripada tanggungjawab .

2.   TAKRIF :

  1. معنى  الأصل  : kaedah berterusan ( قاعدة ثابتة )
  2.   معنى الذمة : Tanggungjawab / jiwa atau zat .( النفسي \ ذات )
  3.  معنى القاعدة إجمالية : Kaedah yang berterusan bahawa manusia itu suci الذمة nya ( tiada tanggungjawab ) daripada sesuatu kewajipan , keadaannya yang perlu bertanggungjawab adalah berlawanan dengan kaedah asal .

 "Orang yang mendakwa dengan lawannya perlu bertanggungjawab dari awal berpegang dengan hukum yang berlawanan dengan hukum asal . Manakala , orang yang mendakwa dengan lawannya perlu bertanggungjawab dari awal atau berpegang dengan hukum yang asal ."

3. CONTOH KAEDAH INI:

Orang yang meminjam sesuatu mendakwa sudah memulangkan barang yang dipinjam maka dakwaan diterima kerana الأصل براءة الذمة suci daripada tanggungjawab . 
*Tidak diterima dakwaannya golongan kedua kecuali dengan mendatangkan dua saksi atau bersumpah dan seorang saksi .

4.   DALIL KAEDAH INI: 

 البينة على المدعى واليمين على من أنكر  
[ حديث النبى ]
Maksudnya : Perlu kemukakan bukti oleh mendakwa, dituduh perlu bersumpah tuduhan keatasnya .

Monday, 6 August 2018

اليقين لا يزول بالشك

KAEDAH AL-YAKIN LA YAZULU BILSYAK

(KEYAKINAN TIDAK AKAN HILANG DENGAN SYAK WASANGKA)



1) TAKRIF:
  • Takrif  اليقين :  pada Bahasa : Pasti dan pada Istilah : Ketenangan hati di atas sesuatu hakikat.
  • Takrif الشك : pada Bahasa : Ragu-ragu dan pada Istilah : Syak antara dua benda yang bertentangan.
  • Takrif Kaedah Ijmaliah: Perkara yang diyakini berlakunya (batal) = tidak terangkat kecuali dengan dalil yang pasti (qath'i) dan ianya tidak dihukumkan dengan hilangnya keyakinan tadi, begitu juga perkara yang diyakini tidak berlaku (tidak disabitkan berlaku) maka tidak dihukumkan ianya sabit berlaku hanya dengan syak wasangka kerana sifat syak wasangka itu lebih lemah daripada keyakinan.


2) DALIL-DALIL:

  • Dalil dari al-Quran

وَمَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ ۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ 
ۖ وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا
(Surah An-Najmu; ayat 28)
Maksudnya: Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan apa yang mereka lakukan.


  • Dalil dari as-sunnah 

عن عباد بن تميم عن عمه أنه شكا الى رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل الذى يخيل اليه أته يجد الشىء فى الصلاة فقال لا 
ينتفل – او لا ينصرف حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا.

(Hadis Riwayat Bukhari Muslim)
Maksudnya :Dari Ubbad ibn Tamim dari bapa saudaranya bahawa beliau telah mengadu kepada Rasulullah seorang laki-laki yang syak bahawa ada sesuatu ketika sembahyang maka jawab Rasulullah jangan beredar sehinggalah ia mendengar bunyi atau tercium baunya.



 3) CONTOH KAEDAH اليقين لا يزول بالشك :
  • CONTOH 1: ORANG YANG BERADA DI DALAM KEADAAN SUCI, KEMUDIAN DIA SYAK DIA BERHADAS. APAKAH HUKUMNYA?
    • PENDAPAT IMAM AHMAD DAN IMAM ABU HANIFAH
      • HUKUMNYA SUCI KERANA DIA YAKIN DIA TIDAK BERHADAS
    • PENDAPAT IMAM MALIK
        • WAJIB KE ATASNYA BERWUDUK KERANA DIKIRA BERHADAS. BERDASARKAN DI DALAM KAEDAH (SYAK DI DALAM SYARAT WUDUK MENJADI PENGHALANG DARIPADA SAHNYA SOLAT), JUSTERU, TAHARAH ADALAH SYARAT SAH SOLAT.
  • CONTOH 2: SEKIRANYA SESEORANG ITU BERHUTANG DENGAN ORANG LAIN KEMUDIAN ORANG YANG BERHUTANG ITU SYAK DAN RAGU-RAGU ADAKAH DIA SUDAH MENJELASKAN HUTANGNYA.
    • HUKUM HUTANG ITU KEKAL KERANA DIA YAKIN YANG DIA BERHUTANG.

4) KAEDAH YANG BERNAUNG DI BAWAH KAEDAH اليقين لا يزول بالشك:

  • الأصل براءة الذمة (KEADAAN SESEORANG ITU SUCI DARI TANGGUNGJAWAB)

  1.  MAKNA   القعدة الثابته :الأصل (KAEDAH   BERTERUSAN) 
  2. MAKNA الذمة : JIWA ATAU ZAT PERJANJIAN
  3.  MAKNA KAEDAH IJMALIAH : KAEDAH YANG BERTERUSAN BAHAWA MANUSIA ITU SUCI DARI TANGGUNGJAWAB DARIPADA SESUATU KEWAJIPAN. (TANGGUNGJAWAB ITU BERLAWANAN DENGAN KAEDAH ASAL)
  4. DALIL : 
البينة على المدعي واليصين على من أنكم 
(BUKTI PERLU DIKEMUKAKAN ORANG YANG MENDAKWA DAN ORANG YANG DITUDUH PERLU BERSUMPAH BAGI MENAFIKAN TUDUHAN TERSEBUT)

                                   5. CONTOH:
ORANG YANG MEMINJAM SESUATU MENDAKWA SUDAH MEMULANGKAN BARANG YANG DIPINJAM, MAKA DAKWAANNYA DITERIMA.

  • الأصل بقاء ما كان على ما كان (Asal Kekal Sesuatu Itu Mengikut Apa Yang Ada Sebelumnya) 


a)  استصحاب (Dari Masalah)

Mengikut hukum yang telah ditetapkan masa lalu sehingga terdapat hukum lain yang mengubahnya. Digunakan ulama usul.

b) استصحاب الأصل

- Hukum yang terkuat itu adalah dikira tetap.
- Kekal sesuatu yang berlaku pada masa lalu mengikut tetap atau sabit pada masa lalu.

CONTOH :

*Munakahat

i.  Seorang suami keluar rumah dan tinggalkan isterinya dalam masa yang lama dan tidak tahu ke mana hilang.

- Hukumnya : Isteri tidak boleh berkahwin kerana suami tidak lafaz cerai
ii.  Seseorang makan tengahari ketika berpuasa serta dia syak sama ada matahari telah terbenam atau belum
- Hukumnya : Batal puasa kerana asalnya belum terbenam
 
  • الأصل العدم (Asal Segala Sesuatu Ialah Tiada) 

(Kaedah ini hampir sama dengan)

  • الأصل في الصفات أو الأمور العارضة العدم (Asal Pada Sifat Atau Perkara Baharu Mendatang Ialah Tiada


MAKNA :
  • Suatu sifat tiada asalnya atau sifat yang datang kemudian tidak dikira jika sudah ada yang lama
  • Kalau yang asal ada, hendaklah ikut pada yang asal



CONTOH :

  • Terdapat selisih faham antara penjual dan pembeli. Satu pihak menyatakan jual beli telah diikat kepada syarat tertentu tetapi satu pihak menafikan.
  • Maka pihak yang menyatakan akad tidak diikat, tidak dikira kerana yang asalnya tiada.
  • Duit pelaburan lembu,
  • Pengusaha menyatakan bahawa tiada modal pada tahun tersebut manakala pemodal menyatakan bahawa keuntungan sepatutnya ada pada tahun itu.
  • Maka,  kita akan ikut hukum asal iaitu tiada modal untuk mengusahakan jual beli tersebut. 

Saturday, 14 July 2018

الأمور بمقاصدها

KAEDAH AL-UMUR BIMAQASIDIHA

(DIBAWAH SURUHAN UNTUK BERNIAT)


1) TAKRIF TERBAHAGI KEPADA TIGA:
  • Takrif al-umur: Jamak bagi Al-amrun iaitu lafaz umum yang merangkumi semua tindakan yang keluar dari seorang manusia sama ada melakukan atau meninggalkan merangkumi perbuatan, kata-kata atau niat.
  • Takrif al-maqasid: Jamak bagi Al-maqasid, perkataan 'القصد' yang bermaksud niat.
  • Takrif Ijmaliah: Segala perbuatan dan tingkah laku atau urusniaga (muamalat) dan sebagainya adalah bersandarkan niat.


2) DALIL-DALIL:

  • Dalil dari al-Quran
 ومن يخرج من بيته مهاجراً إلى اللَّه ورسوله ثم يدركه الموت فقد وقع أجره على اللَّه 
(Surah An-Nisa'; ayat 100)
  • Dalil dari as-sunnah
إنما الأعمال بالنيات
(Hadis Riwayat Bukhari)



 3) RUKUN-RUKUN KAEDAH:
    • Al-Umur (الأمور)
    • Bimaqasadiha (بمقاصدها)

4) SYARAT-SYARAT KAEDAH:

  • المقاصد
    •  Islam 
    •  Keahlian Mukalaf (Mumaiyiz/ baligh/ berakal)

  • المقصود
    • Perbuatan diketahui bagi orang yang berniat, jika seorang yang jahil maka tidak sah niat ibadatnya 
    • Perbuatan yang mampu dilakukan Mukalaf dari sudut akal, syarak dan adat
    • Hendaklah perbuatan tertentu 
    •  Diusahakan oleh diri sendiri

  • النية / القصد
    •  Tidak berlawanan dengan syariat Allah SWT 
    • Serentak dengan perkara yang diniatkan
    • Tidak membuat perkara yang berlawanan dengan niat
    •  Yakin dengan niat dan tidak teragak-agak
    •  Ikhlas kerana Allah Taala

  • المكان / الوقت النية
    • Tempat niat adalah di dalam hati, bukan hanya sekadar lafaz
contoh: Lafaz niat untuk ibadah haji mengikut
Mazhab Syafie: 
1) Lafaz niat adalah sunat 
2) Harus, tetapi meninggalkan adalah lebih baik 
3) Makruh 
4) Harus bagi mereka yang selalu was-was 


WAKTU NIAT  
1) DIAWAL IBADAT (SOLAT)
2) BOLEH DIAWALKAN (ZAKAT)
3) WAJIB DAHULUKAN NIAT (PUASA)


Kenapa disyariatkan untuk berniat?
  • untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT
  • untuk membezakan adat dan ibadat
  • untuk membezakan darjat sesuatu ibadat
  • untuk membezakan perbuatan lain
  • untuk menetapkan hati dan perbuatan


Kesimpulannya, Kaedah Al-Umur Bimaqasadiha ini merupakan salah satu Kaedah Fiqhiyyah yang digunakan oleh para ulama' untuk menginstinbatkan sesuatu hukum. Berdasarkan kaedah Al-umur bimaqasadiha yang mempunyai landasan Alquran dan Sunnah, maka sudah sepatutnya kita aplikasikan di kehidupan sehari kita baik dalam urusan muamalat mahupun ibadah. Dengan berbagai kaedah cabangnya sangat jelas bahawa segala sesuatu perbuatan yang kita kerjakan dan lakukan ini mestilah dilakukan dengan niat, kerana niat menjadi hal yang paling fundamental dan terpenting yang berada dalam diri manusia, agar perbuatan kita dapat berjalan dengan lancar dan mendapat keredhaan Allah SWT, inshaaAllah.